STEAMWALLET

PRODUK PIN STEAM WALLET

Pada kali ini kami akan terangkan bagaimana cara untuk tambah nilai Steam Wallet dan lebih memfokuskan kepada penggunaan sistem 1STEPPAY. Walau bagaimana pun, anda masih boleh mengikut tutorial ini sekiranya anda telah mendapatkan Steam Wallet Code daripada Ecommerce atau melalui pembelian secara terus di 7 Eleven atau sebagainya.

1STEPPAY merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk pelbagai produk telekomunikasi seperti tambah nilai serta pelbagai pembayaran . Daftar disini : 

SILA BACA

1). Buka aplikasi 1STEPPAY. Pilih pada menu Games -> STEAMWALLETPIN -> dan pilih nilai yang anda inginkan seperti yang tertera dibawah.

2) . Klik pada ‘PROCESS TO PAYMENT’ dan anda boleh memilih untuk ‘PRINT PIN’ atau ‘SHARE PIN’. Kemudian, Steam Wallet Code akan dipaparkan dan anda perlu masukkan pada akaun platform Steam anda.

3). Kemudian, login akaun Steam anda dan pada menu ‘View My Wallet’, klik pada menu ‘Redeem a Steam Gift or Wallet Code. Anda boleh login akaun Steam anda melalui software Steam atau laman web rasmi mereka : https://store.steampowered.com.

4). Isikan Steam Wallet Code pada ruang yang disediakan dan klik ‘Continue’.

5). Sekiranya Steam Wallet Code yang diisi adalah betul dan sah, status tambah nilai Steam Wallet anda akan dipaparkan Success dan nilai tersebut akan dikreditkan pada akaun platform Steam anda.

Untuk maklumat tambahan, terdapat beberapa telco yang menerima pembelian Steam Wallet Code menggunakan kredit prabayar mereka, contohnya :

 

Anda boleh menggunakan Steam Wallet Code yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tersebut untuk digunakan seperti dalam tutorial diatas.

Share Button